Selamat Datang!!Inilah masanya untuk mengaktifkan diri anda! Butik sukan Mizi Sports Centre sudah mula menjengah pasaran dengan menyediakan pelbagai keperluan peralatan sukan yang asli dan terkini. Cawangan pertama Mizi Sports Centre dibuka di 9 Avenue, Taman Korporat, Putra Nilai, Negeri Sembilan (berhadapan Giant Nilai) pada Julai tahun lalu. Dikuti dengan Taman Prima Sri Gombak Selangor, Senawang Negeri Sembilan, Selayang Mall, Selangor dan di Medan Gopeng, Ipoh Perak. Mizi Sports Centre menawarkan rangkaian jenama sukan utama dan antarabangsa seperti, Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto, Line7 dan Kappa pada harga yang amat berpatutan. Kelengkapan menyeluruh yang merangkumi semua jenis sukan turut dijual seperti pakaian kasual, peralatan sukan dan aksesori seperti baju T, kasut, beg, bola, seluar dan stoking selain kelengkapan untuk lelaki dan wanita. Di samping itu, Mizi Sports Centre juga menyediakan produk terkini dan berteknologi tinggi untuk barangan sukan khusus, bola sepak, futsal, olahraga, tenis, badminton dan lain-lain.Lebih menarik, Mizi Sports Centre menawarkan urusan pembelian produk dan pakaian sukan kepada syarikat-syarikat korprat dan ejen persendirian dengan tawaran harga istimewa.Sambutan dan minat pengguna terhadap produk sukan yang berjenama meningkatkan inisiatif Mizi Sports Centre untuk memperluaskan rangkaian cawangan bagi memenuhi kehendak semua lapisan masyarakat. Dalam masa yang sama, kami turut menawarkan peluang pekerjaan. Bagi yang berminat, boleh terus berurusan dengan Mizi Sports Centre untuk keterangan lebih lanjut.
|
|